'Jangan kacau, Bella saya punya' - Syed Saddiq

Iklan
Tangkap layar hantaran dimuat naik pengguna TikTok pada Selasa. Kredit: TikTok @febbyfeb_98

SHAH ALAM - Suasana di perkarangan Dewan Rakyat bertukar ceria apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengusik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika Ahli Parlimen Muar itu menghadiahkan dua set baju Melayu kepadanya.

Menerusi penstriman langsung dimuat naik semula di TikTok pada Selasa, Syed Saddiq dilihat menyapa Anwar terlebih dahulu sebelum menyerahkan beg berisi dua kotak baju Melayu jenama terkemuka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, situasi yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Anwar berseloroh dengan mengatakan selebriti, Bella Astillah sepatutnya berada di sisi pada waktu itu.

"Bella kena ada kat sebelah, baru boleh pakai," katanya dalam nada bergurau.

Iklan

Syed Saddiq yang juga duta jenama baju Melayu tersebut kemudiannya tergelak besar sambil mengatakan Bella miliknya.

"Jangan kacau, itu (Bella) saya punya. Kasi (beri) 'chance' lah Datuk Seri," selorohnya.

Iklan

Menjengah di ruangan komen, majoriti warga maya terhibur dengan gelagat kedua-dua pemimpin berkenaan yang tidak kekok bergurau sesama sendiri lebih-lebih lagi ketika ini kisah kemesraan Syed Saddiq dan Bella menjadi bualan ramai.

Terbaharu, ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberikan jawapan santai mengenai hubungan anaknya itu sesi menerusi penstriman langsung bersama Syed Abdullah di TikTok.

Katanya, hubungan Syed Saddiq dan Bella persis seperti pasangan lagenda, 'Romeo & Juliet'.

Menurut Sharifah Mahani lagi, beliau tidak menghalang anaknya untuk menjalinkan hubungan dengan Bella, namun dalam masa sama menasihatkan anak bongsunya supaya jangan 'langkah bendul'.