RM22.28 juta disedia bangunkan infrastruktur jelapang padi di Sabah
Iklan
Sebanyak RM22.28 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan jelapang padi di Sabah pada tahun ini. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Sebanyak RM22.28 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan jelapang padi di Sabah pada tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata, jumlah itu sebahagian daripada RM216.98 juta disediakan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi pembangunan kawasan padi di negeri berkenaan melibatkan sembilan perkara, antaranya pembinaan Saluran Sekunder (Jawi Jawi dan Tempasuk Utara) dan Kerja-Kerja Berkaitan Lain - Pakej 1c (1), IADA Kota Belud, Sabah berjumlah RM33 juta.
Iklan
Iklan
Ia turut melibatkan pakej 1c(4) - 1c(4c) - Pembekalan, Pemasangan Pam dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sungai Jepun, IADA Kota Belud berjumlah RM15.2 juta, dan Pakej 1c(5) - Peningkatan dan Pengubahsuaian Kawasan Marabau, IADA Kota Belud berjumlah RM37.5 juta.
"Selain itu, ia turut melibatkan Pakej 1d(1) - Peningkatan dan Kerja-Kerja Penambahbaikan Skim Pengairan Tempasuk Selatan, IADA Kota Belud bernilai RM29.9 juta serta Pakej 1e(1) dan 1e(2) - Kerja-Kerja Pembaikan dan Penambahbaikan Struktur Utama Piasau Dundau,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Anna Bell @ Suzieana Perian yang ingin mengetahui berapa peruntukan akan diberikan bagi membangunkan jelapang padi di Sabah kerana kekurangan infrastruktur pengairan menjadi punca utama hasil padi rendah di negeri berkenaan.
Mohamad berkata, dengan lengkapnya projek pembangunan itu, ia mampu menyediakan pengairan yang optimum kepada pesawah di Sabah meliputi ketersediaan air mencukupi, memastikan kelembapan tanah dan merangsang pertumbuhan pokok selain meningkatkan efisiensi penyerapan nutrisi.
Iklan
"Bagi peruntukan dalam tempoh RMK13 pula, kementerian sedang meneliti keutamaan, keperluan dan ketersediaan pelaksanaan projek sebelum membuat permohonan bagi projek pembangunan padi di Sabah.
"Kelulusan ke atas permohonan projek untuk pelaksanaan pada 2026 hanya akan dimaklumkan oleh Kementerian Ekonomi selepas pembentangan Belanjawan 2026,” katanya. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.