LTAT perlu terus tambah baik rangka kerja, konsisten bayar dividen - PAC

Iklan
Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sekali lagi menggesa Lembaga Tentera Angkatan Tentera (LTAT) untuk terus menambah baik rangka kerja berkaitan supaya ia dapat membayar dividen secara konsisten di samping memastikan kelestariannya.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya dimaklumkan LTAT kini sedang menilai semula Rangka Kerja SAA sedia ada dengan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko melalui kepelbagaian pelaburan merentas kelas aset.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia selaras dengan syor PAC untuk mempelbagaikan komposisi portfolio pelaburan dan tidak bergantung kepada satu entiti.

"Walau bagaimanapun, usaha untuk mempelbagaikan komposisi portfolio pelaburan harus diteruskan.

Iklan

"Ini memandangkan sebahagian besar portfolio pelaburan LTAT masih tertumpu di dalam Kumpulan Boustead," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan Penyata PAC berhubung Tindakan Susulan Bagi Syor-syor Penyata PAC Parlimen berhubung LTAT di bawah Kementerian Pertahanan.

Iklan

Mas Ermieyati menambah, PAC mengambil maklum terhadap status Pelan Penstrukturan Kumpulan Boustead (Project Earth) yang telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dan dibentangkan kepada Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan II dan Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri.

"Namun, PAC masih lagi belum menerima pelan penstrukturan yang berkaitan dan menunggu pihak LTAT untuk mengemukakan dokumen berkaitan setelah ia dimuktamadkan," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, PAC melahirkan kebimbangan ekoran tiada sebarang pelan alternatif diumumkan setelah Pelan Strategik LTAT 2023-2025 dihentikan sejak 10 bulan lalu.

PAC mendapati pendedahan kepada risiko kebergantungan terhadap Syarikat Boustead Holdings Berhad tanpa program penyusunan semula yang komprehensif membantutkan transformasi LTAT untuk menjadi tabung persaraan yang mampan.

Bagaimanapun Disember tahun lalu LTAT berkata, mereka tidak pernah dibatalkan sebaliknya sedang diperhalusi untuk menangani cabaran serta peluang mengikut situasi pasaran terkini.