Tradisi sekolah pondok, solat tarawih ‘10 minit’

Iklan
Video yang tular di Instagram mengenai solat tarawih 10 minit. Foto sumber Jatim Times

JAKARTA - Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan solat tarawih 20 rakaat dilakukan dalam tempoh masa 10 minit sahaja.

Memetik Jatim Times, kejadian tersebut berlaku di Sekolah Pondok Mambaul Hikam, Kota Blitar, wilayah Jawa Timur pada Ahad.

Iklan
Iklan

Berdasarkan hantaran dimuat naik menerusi Instagram, jemaah dilihat mengikuti imam menunaikan solat tarawih termasuk witir tiga rakaat yang berlangsung tidak sampai 10 minit.

Jemaah dilihat berdiri di saf sambil melakukan gerakan dalam solat dengan amat pantas.

Iklan

Penyelia Pondok Pesantren Mambaul Hikam, KH Dliya’uddin Azzamzami Zubaidi berkata, solat tarawih tersebut sudah menjadi tradisi sekolah pondok itu sejak lebih seabad lalu.

"Dahulu, ramai orang bekerja dari pagi sampai petang. Ketika malam, mereka tak larat untuk tunaikan solat tarawih dengan rakaat lama.

Iklan

"Akhirnya, pengasas dahulu mencari jalan penyelesaian dengan melakukan solat tarawih dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Dliya’uddin berkata, solat tarawih itu tidak melanggar peraturan solat.

Jelasnya, mereka membaca surah Al-Fatihah dengan lengkap, membaca surat dan ada tamakninah.

Video itu tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

"Sesuatu yang sudah dibiasakan akan menjadi terbiasa dan dianggap betul dengan alasan ‘tradisi’,” kata seorang pengguna media sosial.