Jemaah tarawih teruja dapat 'angpau', masjid jadi sesak

Iklan
Pemberian 'angpau' itu turut menjadi tular. - Foto Agensi

SUMENEP - Solat tarawih ini menjadi tular kerana para jemaah menerima 'angpau' di bawah tradisi tahunan.

Pemberian wang berjumlah 300,000 rupiah (RM81) kepada jemaah di Sumenep, Jawa Timur di Indonesia itu mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan pemilik akaun @Jajanantwins di TikTok pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Ubur-ubur ikan lele, Nyata 300 leee," ujar pemilik akaun tersebut.

Pemberian 'angpau' itu dilakukan di Masjid Naqsyabandi di Pajagalan, Kecamatan Kota Sumenep, Kabupaten Sumenep milik Ketua Banggar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Said Abdullah.

Iklan

Pada Sabtu lalu, Masjid Wakaf Abdullah, Kepanjin, Sumenep turut sesak hingga para jemaah terpaksa solat di atas jalan raya kerana zakat mal yang diberikan Said Abdullah pada setiap tahun.

Beberapa sumber mendakwa, Said membahagikan kira-kira 15,000 'angpau' kepada komuniti pada hari pertama puasa.

Iklan

Difahamkan, tradisi memberi zakat mal itu hanya dilakukan pada awal Ramadan. - Agensi