PORT DICKSON - [DIKEMAS KINI] Remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di Jalan Pantai berhampiran Medan Ikan Bakar di sini, ditemukan lemas.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, mayat mangsa dijumpai pada jam 12.28 tengah malam Isnin di sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat dia jatuh.