Murid OKU terima tongkat beroda, tak perlu guna tangan untuk bergerak

Iklan
Amin membantu adik Shairid menggunakan tingkat beroda yang disumbangkan pihaknya.

SHAH ALAM - Berbekalkan impian mahu melihat Muhammad Shairid Hadif Ridhuan Shah yang menghidap penyakit jarang jumpa dapat menjalani kehidupan lebih sempurna, seorang lelaki tampil menghadiahkan tongkat beroda kepada kanak-kanak itu.

Pengasas dan Pengerusi Persatuan Setia Bersahabat, Amin Mohd Shukor berkata, tongkat boleh laras itu diubah suai bagi memudahkan kanak-kanak yang menghidap 'Caudal Regression Syndrome' iaitu tiada betis dan lutut, menyangkut beg sekolah untuk mengelak bawa bebanan buku berat.

Iklan
Iklan

Terpanggil untuk menyediakan keperluan Shairid, lelaki berusia 44 tahun itu berusaha menempah tongkat khas daripada pihak ketiga.

"Ramai salurkan sumbangan tunai, namun tiada yang sediakan penyelesaian kepada keperluan adik Shairid.

Iklan

"Oleh itu saya ikhtiar cari pembekal dan pihak yang mahir dalam pembuatan bahan keluli dan Alhamdulillah, terhasillah tongkat beroda itu," katanya ketika dihubungi.

Amin bertemu Siti Azah di Kota Tinggi, Johor untuk menyerahkan tongkat beroda kepada adik Shairid.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, ibu kepada kanak-kanak berusia lima tahun itu, Siti Azah Mohd Jinal memberitahu, anaknya diajar berdikari sejak kecil dan bergantung sepenuhnya pada tangan untuk bergerak ekoran kakinya tidak terlalu kuat.

Iklan

Video yang dimuat naik wanita itu mendapat perhatian warga maya yang sebak melihat kegigihan Shairid Hadif berjalan tanpa bantuan dan sokongan serta bergantung sepenuhnya pada kedua-dua tangan.

Dalam pada itu Amin berkata, penyerahan kerusi itu dilakukan di kediaman Siti Azah di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

"Perkara paling berharga adalah melihat senyuman adik Syairid yang menggunakan tongkat beroda itu dan insya-ALLAH sumbangan ini dapat memudahkan pergerakan dia.

"Sekiranya ada pihak yang memerlukan bantuan selepas ini, pihak kami akan cuba usahakan semampu yang boleh," ujarnya.