Jenazah Dr Anuar Masduki selamat dikebumi

Iklan
Sultan Sharafuddin bersama Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengaminkan doa ketika berangkat pada majlis pengebumian Pro- Canselor Universiti Selangor (Unisel) Allahyarham Datuk Dr Anuar Tafsir@ Masduki di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 pada Ahad. Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jenazah Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Anuar Tafsir@Masduki atau lebih dikenali Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi Ahad, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini pada jam 3 petang.

Terdahulu jenazah Allahyarham Dr Anuar disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum dibawa dengan kenderaan jenazah dan tiba di makam diraja pada jam 2.12 petang.

Iklan
Iklan

Turut berangkat ke pengebumian itu ialah Sultan Selangor Sultan, Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

Terdahulu, Dr Anuar, 79, meninggal dunia pada jam 9.28 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini.

Iklan

Dr Anuar yang merupakan pakar kardiologi peribadi kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, meninggalkan seorang isteri Rohana Maimunah Tun Ahmad Zaidi dan dua anak iaitu Dr Ainur Rahman, 48, serta Norma Syaneda, 47.

Allahyarham merupakan Pro-Canselor Unisel sejak 1 Ogos 2009. - Bernama

Iklan