Bengkel terbakar, dua lelaki melecur

Iklan
Bangunan tiga tingkat menempatkan sebuah bengkel terbakar di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di sini pada Sabtu. Foto kanan: Dua lelaki melecur susulan kejadian terbabit.

KLANG - Dua lelaki melecur dan tiga kenderaan hangus dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di bangunan tiga tingkat di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.54 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara digerakkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi pada jam 5.03 petang, api marak di bahagian bawah premis seluas 22x80 kaki persegi dan mendapati tiga buah kenderaan terbakar.

"Dua lelaki di dalam premis terbabit didapati cedera dengan kesan melecur 75 peratus dan identiti mangsa masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu anggota dari BBP Klang Selatan, BBP Kapar serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Rantau Panjang membabitkan kekuatan 17 anggota bersama tiga jentera.

Iklan