Kanak-kanak lelaki empat tahun parah diserang anjing

Iklan
Mangsa diserang sekumpulan anjing berhampiran rumahnya di Kampung Dedek, Langkawi.

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Ibu mangsa dan pihak hospital telah membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu tular di media sosial paparan yang menunjukkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala. - Bernama