KUALA LUMPUR - Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua mereka yang ditahan merupakan lelaki berusia 17 hingga 28 tahun dan merupakan penyokong perlawanan tinju yang berlangsung Selasa lepas.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.45 tengah malam sebelum mengambil tindakan menahan individu terbabit sejurus selepas itu.
"Kesemua mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 27 Februari,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sulizmie Affendy berkata, polis akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. - Bernama