Perluas lagi kempen kesedaran berkaitan rasuah, salah guna kuasa

Iklan
Zairudin

SHAH ALAM - Hukuman lebih berat amat diperlukan dalam usaha untuk menangani aktiviti rasuah memandangkan negara kini berhadapan dengan ancaman jenayah tersebut yang tinggi.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Selangor, Zairudin Hashim berkata, Akta Rasuah United Kingdom (UK) 2010 boleh diperhalusi kesesuaiannya dalam menunjukkan keseriusan kerajaan mencegah serta membanteras rasuah.

Iklan
Iklan

"Selain itu, saya bersetuju sekiranya pihak kerajaan secara rentas kementerian dapat memperluas lagi kempen kesedaran berkaitan rasuah, integriti dan salah guna kuasa kepada semua lapisan masyarakat.

"Langkah-langkah tersebut membuktikan kecekapan pihak berkuasa serta keseriusan dalam membenteras rasuah," ujarnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wartawan sebuah portal tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah pada Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.

Iklan

Penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dipercayai wartawan berkenaan meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI.

Dalam pada itu, menurut Zairudin, timbul persoalan sama ada masalah rasuah di negara ini menjadi bertambah serius.

"Kita dapat melihat kepada senarai kes pendakwaan berkaitan rasuah di mahkamah.

"Sebenarnya berdasarkan statistik kes didakwa di mahkamah hari ini, ia menunjukkan SPRM amat komited dan berani melaksanakan tanggungjawabnya memerangi rasuah.

"Bagaimanapun mengikut prinsip undang-undang, seseorang itu tidak dikira bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah," jelasnya.