Cadangan caj kesesakan: DBKL dicabar naik pengangkutan awam sebulan

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung caj kesesakan yang dijangka mampu kurangkan 20 peratus kesesakan di KL. Gulam (kanan).

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memperkasakan fungsi pengangkutan awam yang didakwa penggunaannya masih gagal dioptimumkan oleh masyarakat di bandar itu sebelum melaksanakan caj kesesakan.

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar berkata, kerajaan wajar mengkaji dengan mendalam mengenai punca majoriti masyarakat di Kuala Lumpur tidak berminat dengan pengangkutan awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan agensi di bawahnya perlu menjadi pemangkin dan contoh kepada warga di bandar tersebut dengan mengamalkan berkongsi kereta serta menaiki pengangkutan awam ke pejabat, mesyuarat atau destinasi pekerjaan.

"Ini mahu suruh dan perlu bermula dengan warga Wilayah Persekutuan, kenapa tidak dilaksanakan dengan kakitangan sendiri? Cuba YBM dapatkan statistik berapa ramai yang membawa kenderaan sendiri, berkongsi kereta atau menaiki pengangkutan awam.

Iklan

"Kita tidak mahu warga Kuala Lumpur yang beria-ia dijadikan alasan dan caj kesesakan walhal kementerian atau DBKL masih 'seronok' dengan membawa kenderaan sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, pelaksanaan caj kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur.

Iklan

Menurutnya, untuk memastikan kejayaan inisiatif yang masih di peringkat kajian itu, kadar caj kesesakan hendaklah pada suatu nilai yang akan menyurutkan pengguna daripada melalui jalan tertentu.

Ujar Zaliha, kajian Prasarana Malaysia Berhad pada 2020 menunjukkan kerugian yang ditanggung negara akibat kesesakan jalan raya ialah RM20 bilion.

Mengulas lanjut, Gulam berkata, cadangan caj kesesakan mempunyai kebaikan, namun perlu kajian mendalam bersama pemegang taruh untuk melihat dari segi impak sosio ekonomi.

"Jangan caj kesesakan akhirnya menjadi caj keseksaan. Cukup dengan dengan satu cadangan membina sekolah 17 tingkat di Wilayah Persekutuan.

"Jangan pula ada cadangan yang akan mengempiskan lagi poket dan perut rakyat dengan mencari jalan mudah iaitu dikenakan caj atau apa pun kaedah dengan bayaran dalam usaha ini," ujarnya.