Harapan tinggi rakyat di sebalik skandal beras campur

Iklan
Beras campur menimbulkan kegusaran rakyat. Gambar hiasan

SKANDAL beras campur yang kini hangat diperkatakan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, khususnya pengguna dari golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada beras sebagai makanan ruji.

Pencampuran beras import berkualiti rendah dengan beras tempatan bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai keselamatan makanan, malah membebankan pengguna yang terpaksa membayar harga tinggi untuk produk yang didakwa tidak berkualiti.

Iklan
Iklan

Menurut Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Ia sekali gus menokhtahkan spekulasi bahawa BPT telah dicampur dalam kampit beras import sebelum dijual di pasaran.

Iklan

Jika tiada sebarang tindakan, skandal sebegini akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawal selia industri makanan asas.

Oleh sebab itu, siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan tindakan tegas diambil.

Iklan

Sementara itu, pembangkang mula mendesak kerajaan menyelesaikan segera isu beras putih tempatan (BPT) dicampur beras import sebagaimana didedahkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada Rabu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan juga perlu mengambil tindakan segera terhadap semua pihak terlibat dalam aktiviti pembungkusan beras campur kerana tindakan sedemikian menipu rakyat.

Kata Hamzah, rakan-rakan dalam blok pembangkang turut meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil tanggungjawab terhadap isu yang berlaku.

Isu ini bukan sahaja membabitkan penipuan pengguna, tetapi juga membahayakan kesihatan awam jika beras yang dicampur tidak mematuhi piawaian keselamatan makanan.

Dalam masa sama, rakyat kini menaruh harapan tinggi agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan memastikan keadilan ditegakkan.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih produk dan melaporkan sebarang keraguan kepada pihak berwajib.