KUALA LUMPUR - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung satu video tular menghasut rakyat Malaysia untuk menentang pasukan keselamatan itu yang dimuat naik menerusi media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai video terbabit Selasa lepas.