Masuk secara haram, acu pisau pula
Iklan
Seorang lelaki warga tempatan yang masuk ke negara ini secara haram menggunakan laluan Sungai Golok di sini dari Thailand bertindak mengacukan pisau kepada anggota ATM semasa cuba menahanya pada Rabu. . - Gambar hiasan
TANAH MERAH - Seorang lelaki warga tempatan yang masuk ke negara ini secara haram menggunakan laluan Sungai Golok di sini dari Thailand bertindak mengacukan pisau kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa cuba menahannya pada Rabu.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, semasa melakukan rondaan Jenayah Rentas Sempadan (JRS) anggota bertugas mengesan suspek telah masuk menggunakan laluan tidak sah dengan menyeberangi Sungai Golok pada jam 3.45 petang.
Iklan
Iklan
"Semasa ditahan individu tersebut telah bertindak mengacukan sebilah pisau yang mempunyai hulu berbentuk ‘buku lima’ ke arah pasukan keselamatan.
"Bagaimanapun ketangkasan anggota ATM, individu tersebut berjaya ditahan," katanya.
Iklan
Menurut kenyataan itu lagi, anggota bertugas turut menerima provokasi berbentuk kata-kata ugutan yang dilaungkan dari arah tebing Sungai Golok di sebelah Thailand oleh beberapa orang awam.
Katanya, kesemua mereka disyaki rakan kepada lelaki tersebut.
Iklan
Markas 2 Divisyen berkata, suspek telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli untuk siasatan lanjut.
Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
"Terdahulu, kita berjaya menahan seorang individu dipercayai Thailand yang masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah.
"Lelaki itu ditahan pada jam 10 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.