Pekerja kebun sirih didakwa pandu kereta secara berbahaya

Iklan
Seorang pekerja kebun sirih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan dua lelaki cedera. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kebun sirih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan dua lelaki cedera.

M Devindran, 25, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mahariff Mahali, 41, dan Muhammad Ariff Asraff Jamaluddin, 21, di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini pada 6.18 pagi, 29 Januari lepas.

Iklan
Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal tidak menawarkan jaminan namun jika mahkamah ingin memberikan jaminan, pendakwaan memohon jaminan RM20,000.

Iklan

Peguam T Mishant yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik kepada pihak polis.

Hakim Egusra Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Iklan

Beliau menetapkan 16 April ini untuk sebutan kes. - Bernama