Sekolah Digital percepat adaptasi pendigitalan pendidikan negara
Iklan
Azman melakukan lawatan ke perpustakaan SK Seri Telok, pada Khamis.
BATU PAHAT - Pelaksanaan Sekolah Digital perlu diperluaskan bagi mempercepatkan adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan negara.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, usaha ini disokong dengan pencapaian lebih 90 peratus akses inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) oleh golongan pendidik di seluruh negara.
Iklan
Iklan
"Kita memang ada cadangan untuk memastikan semua sekolah di Malaysia melaksanakan pendigitalan selaras dengan dasar pendidikan digital negara.
"Ia bergantung kepada kekuatan sekolah tersebut. Jika sesebuah sekolah mencapai tahap 80 peratus, maka kita akan sokong pencapaian itu. Begitu juga dengan kadar pencapaian lain,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Peluncuran Sekolah Digital (Santuni Madani) di SK Seri Telok, di sini, pada Khamis.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Ali@Zainalabidin Syed Mohamed.
Iklan
Mengulas lanjut, Azman memaklumkan, setakat ini enam sekolah di seluruh negara telah dipilih sebagai sekolah rintis bagi Sekolah Digital.
Menurutnya, inisiatif itu bertujuan memastikan kualiti pendidikan dipertingkatkan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
"Projek rintis Sekolah Digital anjuran Yayasan Didik Negara (YDN) dilaksanakan di lima sekolah terpilih di Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lapasan, Pengalat Kecil, Buang, Tansau dan Pekan Putatan, serta satu sekolah di Johor iaitu SK Seri Telok di Parit Yaani.
"SK Pulau Aman di Pulau Pinang turut dicadangkan sebagai Sekolah Digital seperti disarankan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ketika lawatan ke sekolah itu pada November tahun lalu.
"Bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan pendidikan digital memerlukan perancangan teliti, sumber mencukupi serta pembangunan profesional berterusan untuk golongan pendidik,” jelasnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.