Sekolah agama Johor tamat jam 6 petang sepanjang Ramadan
Iklan
Mohd Fared (dua dari kiri) pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2024 di Sekolah Agama Bandar Putra Kulai pada Khamis.
KULAI – Waktu persekolahan bagi sekolah agama di Johor akan ditamatkan lebih awal pada jam 6 petang sepanjang bulan Ramadan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkta, langkah berkenaan bertujuan memastikan murid serta dapat menunaikan ibadat pada bulan Ramadan dengan selesa.
Iklan
Iklan
"Secara umum, sesi persekolahan petang bagi sekolah agama di negeri ini akan tamat lebih awal, sekitar jam 6 petang berbanding hari biasa pada jam 6.30 petang.
"Langkah ini diambil sebagai usaha memastikan kebajikan pelajar dan guru terjaga, selain memberi mereka masa mencukupi untuk menunaikan solat Maghrib dan menjalankan ibadah lain seperti solat tarawih," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2024 di Sekolah Agama Bandar Putra Kulai di sini, pada Khamis.
Menurut Mohd Fared, keputusan peperiksaan SDEA, SMRA, dan Sijil SMA pada tahun lalu menunjukkan peningkatan prestasi, sekali gus mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasakan pendidikan agama di negeri ini.
Iklan
Daerah Pontian muncul sebagai daerah terbaik dengan GPS 2.21, manakala Sekolah Agama Bandar Putra, Kulai diiktiraf sebagai sekolah terbaik dengan pencapaian GPS 2.14.
Selain itu, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor diumumkan sebagai sekolah terbaik dengan GPS 1.49.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>