18 kes VIP DNAA dalam 7 tahun, MCW gesa keadilan ditegakkan tanpa pengecualian

Iklan
Jais Abdul Karim

SHAH ALAM - Prinsip keadilan dan ketelusan dalam sistem perundangan perlu sentiasa ditegakkan tanpa sebarang pengecualian, demi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi keadilan tidak terhakis.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, sebarang persepsi bahawa undang-undang boleh diubah mengikut kepentingan tertentu juga perlu ditangani secara serius bagi mengelakkan kemerosotan kepercayaan terhadap sistem pemerintahan dan keadilan negara.

Iklan
Iklan

"Setiap keputusan yang melibatkan kepentingan awam haruslah dibuat dengan mengambil kira aspek integriti dan akauntabiliti.

"Rakyat menaruh harapan tinggi agar usaha reformasi tidak hanya menjadi slogan, tetapi diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten dan berprinsip," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau mengulas berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa Jabatan Peguam Negara memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) kepada 18 orang kenamaan (VIP) atau berprofil tinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Katanya, kes melibatkan tahun 2018 hingga 2024 lalu itu selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dengan kes tertinggi direkodkan masing-masing pada 2020 dan 2023 iaitu sebanyak lima kes membabitkan golongan berkenaan.

Iklan

Selain itu, tiga kes pada 2019, dua kes pada tahun lalu dan 2018 dan satu kes pada 2021.

Menerusi menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Selasa, Azalina memberitahu, keputusan DNAA adalah selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Jelasnya, dalam menjalankan kuasa tersebut, Peguam Negara akan menggunakan budi bicaranya berasaskan keterangan yang diperoleh daripada pihak penguat kuasa, perkembangan dan keterangan baharu yang wujud semasa perbicaraan kes berlangsung.