Bimbang jualan beras bersubsidi tak sampai kepada golongan sasar

Iklan
FMBA bimbang kemungkinan 24 juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram bersubsidi yang mula dijual pada Sabtu ini tidak sampai kepada golongan sasar. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raymond Woo)

SHAH ALAM - Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) bimbang kemungkinan 24 juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram bersubsidi yang mula dijual pada Sabtu ini tidak sampai kepada golongan sasar.

Exco pengasasnya, Raymond Woo turut menimbulkan tiga persoalan utama iaitu berhubung pelaksanaan agihan, mekanisme pembelian dan pihak yang bertanggungjawab jika pembeli membeli lebih daripada dua kampit.

Iklan
Iklan

"Langkah kerajaan ini bagus tapi timbul persoalan bagaimana kerajaan dan peruncit nak pantau. Kalau fokus kepada miskin tegar seramai 77,000 isi rumah, kita kenal pasti mereka dekat mana. Kalau banyak di Kelantan, mungkin kena agih lebih banyak di situ sebab sumbernya tak besar.

"Jika dihadkan hanya dua kampit, maknanya golongan miskin ini hanya melibatkan 800,000 kampit sebulan. Jika ada 24 juta kampit beras di pasaran setahun, bagaimana dengan lebihannya? Adakah ini bermakna golongan lain boleh beli lebih?” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan
Iklan