PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas dan tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, syarikat minyak kedua-dua negara ini sedang giat menggerakkan kerjasama dalam penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia dengan memfokuskan sektor tenaga boleh baharu.