Wanita disangka transgender maut dicekik dalam kawasan sawah padi

Iklan
Wanita disangka transgender maut dicekik dalam kawasan sawah padi. Kredit Thaiger News.

SAM PHRAN, THAILAND - Seorang wanita yang pada mulanya disangka lelaki berpakaian seperti golongan transgender ditemukan mati di kawasan bendang akibat dicekik.

Kejadian itu terbongkar dua hari lalu kira-kira jam 10 malam dalam satu petak kawasan sawah padi di Said Rai Khing, di sini.

Iklan
Iklan

Deputi Superintenden Bahagian Siasatan Balai Polis Pho Kaew, Leftenan Kolonel Somphop Praphan melaporkan kes tersebut.

Penemuan mengejutkan itu berlaku ketika seorang nelayan jatuh tersandung ketika mencari cacing tanah sebelum menemui mayat terbabit yang ditinggalkan di petak sawah berkenaan.

Iklan

Susulan itu, pihak polis dalam usaha untuk mengenal pasti identiti si mati dan mengesan pelakunya.

Alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Polis berteka-teki kerana pada mulanya mayat dipercayai seorang lelaki berusia antara 50 dan 60 tahun dengan rambut panjang menyerupai transgender, tetapi rupa-rupanya mangsa sememangnya wanita.

Iklan

Si mati dijumpai memakai kemeja lengan panjang putih, seluar jeans pendek, kasut berwarna coklat dan anting-anting emas di telinga kiri.

Tali pinggang berwarna coklat gelap dijerut pada leher dipercayai sebagai senjata untuk menamatkan riwayat si mati, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada badan mangsa.

Menurut polis yang bertugas, nelayan yang menjumpai mangsa sebelumnya sempat melihat teksi mengelilingi kawasan berkenaan sekitar jam 9 malam.

Siasatan awal mendedahkan, mangsa mati kira-kira dua jam sebelum ditemukan pihak berkuasa dipercayai dicekik dari arah belakang.

Selepas pemeriksaan lanjut, mayat itu memang seorang wanita tanpa bukti pengenalan diri.

Mayat dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengumpulkan lebih banyak maklumat. - Agensi