Anak kurang adab, ibu bapa biarkan...apa nak jadi?

Iklan
Gambar hiasan.

MERAK JALANAN ingat lagi waktu dahulu, anak-anak diajar untuk tunduk sedikit tanda hormat kepada orang tua apabila melintasi mereka selain menghulurkan tangan untuk bersalam.

Namun zaman sekarang situasi sama, anak-anak generasi kini bukan sahaja buat tak tahu, tapi kadang-kadang siap pakai fon kepala, seolah-olah berada dalam dunia sendiri, walaupun bersama ibu bapa.

Iklan
Iklan

Itu belum dikira menjawab dengan mak ayah macam berborak dengan rakan sebaya. Mana hilangnya adab anak-anak kita ini?

Di restoran atau kedai mamak pula, Merak Jalanan mendengar suara mereka lebih kuat daripada kipas siling.

Iklan

Sambil tangan sibuk bermain telefon, TikTok atau YouTube, ketawa pula terkekeh-kekeh tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Apabila ada yang menegur, mulalah mencebik bibir dan buat muka.

Iklan

Paling ‘win’ apabila mak ayah mereka pun sama-sama naik, sibuk dengan telefon dan ketawa sendiri.

Pernah dahulu telefon seorang remaja terjatuh ketika berjalan-jalan di dalam pasar raya. Merak Jalanan yang berada di belakang terus mengutip dan menghulurkan kembali kepadanya.

Apa yang berlaku selepas itu? Dirampasnya telefon tersebut dari tangan Merak Jalanan dan mula mengadu kepada ibu bapanya.

Kita pula kena sound dan mereka berlalu pergi tanpa sepatah pun ucapan terima kasih.

Dalam hati Merak Jalanan, ‘Apa salah aku?’ Kita yang menolong mengutip telefon dia, kita pula dibuat macam pencopet. Apalah nak jadi dengan anak-anak generasi sekarang?

Merak Jalanan mula terfikir anak-anak di rumah. Jika ibu bapa tidak menunjukkan sikap dan adab yang baik kepada anak-anak, mana mungkin mereka dapat meniru perbuatan baik tersebut.

Jika sebaliknya yang ditunjukkan kepada anak-anak, maka begitulah mereka lebih-lebih lagi dalam fasa pembesaran.