Tiga pekerja asing lemas, bot hanyut di Tanjung Langsat

Iklan
Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut sebelum terdampar di perairan Tanjung Langsat, malam Isnin. Foto JBPM

PASIR GUDANG – Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut sebelum terdampar di perairan Tanjung Langsat, malam Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan, kejadian disedari pada sekitar jam 11.18 malam selepas tiga pekerja sebuah syarikat di Felda Semenchu Kota Tinggi, didapati tidak pulang selepas menaiki bot gentian kaca menuju ke Bandar Masai melalui laluan laut.

Iklan
Iklan

"Kehilangan mereka diketahui selepas bot yang digunakan ditemui tersadai di Pantai Tanjung Langsat oleh nelayan tempatan dan laporan polis dibuat.

Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut sebelum terdampar di perairan Tanjung Langsat, malam Isnin. Foto JBPM

Iklan

"Tidak lama selepas itu, pada jam 12.19 pagi, Selasa, pihak Singapore Police Coast Guard (SPCG) mengesahkan penemuan satu mayat di perairan Changi, Singapura, yang kemudian dikenal pasti sebagai lelaki warga Nepal," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan bomba seterusnya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.53 pagi, Selasa dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang diarahkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Hasil operasi, dua lagi mangsa ditemukan iaitu pada jam 11 pagi membabitkan seorang lagi warga Nepal yang ditemukan oleh SPCG di Pulau Tekong, Singapura.

Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut sebelum terdampar di perairan Tanjung Langsat, malam Isnin. Foto JBPM

"Kemudian pada jam 3.34 petang, mayat seorang warga Indonesia, ditemukan oleh Polis Bantuan Tanjung Langsat Port, kira-kira 50 meter dari Jeti Port Park Tanjung Langsat," katanya.

Operasi berkenaan melibatkan 14 anggota bomba, lima anggota PDRM dengan dua kenderaan, serta dua anggota Polis Bantuan Pelabuhan Tanjung Langsat bersama sebuah bot.

Operasi tamat pada jam 5.25 petang selepas semua mayat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.