PELUMBA basikal trek yang semakin meningkat naik Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih emas peribadi keduanya dengan mengungguli acara pecut remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai pada Selasa.
Sawda memastikan emas miliknya selepas menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Hye Rin dengan keputusan 2-0 di pentas final.