PGA tumpas cubaan seludup 20 biri-biri di Pasir Mas

Iklan
Biri-biri yang cuba diseludup di Kampung Seri Merbau, Pasir Mas pada Sabtu lepas. Foto PGA

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menemukan 20 ekor biri-biri di dalam sebuah lori yang dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan di Kampung Seri Merbau, di sini pada Sabtu.

Lori yang membawa haiwan ternakan seberat 600 kilogram (kg) itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 9 malam semasa penugasan Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan bernilai RM115,000.

"Kes terbabit disiasat bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan kesemua rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) Taman Bakti untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Iklan