Budak 6 tahun maut, tangan tersedut dalam lubang air kolam renang

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas selepas tangannya tersangkut pada lubang saluran air kolam renang di sebuah hotel di Pameungpeuk, Garut. Foto sumber FT News Indonesia

JAWA BARAT - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mati lemas selepas tangannya tersangkut pada lubang saluran air kolam renang di sebuah hotel di Pameungpeuk, Garut.

Kejadian malang tersebut menimpa mangsa, Bagja Nurjaman pada Ahad sekitar jam 10 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Memetik FT News Indonesia, kejadian bermula apabila mangsa ketika itu sedang bermain gelongsor air, meluncur ke dalam kolam renang yang mempunyai kedalaman satu meter (m).

Namun, kegembiraan tersebut bertukar tragedi apabila tangannya mula tersekat pada lubang pembuangan air di dasar kolam.

Iklan
Bomba berjaya mengeluarkan kanak-kanak itu, namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Foto sumber FT News Indonesia

Saksi yang berada di tempat kejadian mendakwa, mangsa meluncur masuk ke dalam air namun kelibatnya tidak kelihatan timbul ke permukaan walaupun sudah lama tenggelam.

Pengunjung yang menyedari kejadian tersebut segera bertindak terjun ke dalam kolam air untuk menyelamatkan mangsa.

Iklan

Menurut anggota bomba yang bertugas di tempat kejadian, mereka berusaha untuk menyelamatkan mangsa dengan mengalirkan air di kolam renang, membetulkan kedudukan mangsa menggunakan pelincir, menarik dan memberi bantuan oksigen.

Bagaimanapun, keadaan sukar untuk diselamatkan akibat tekanan air kuat seolah-olah bertindak seperti vakum yang menarik mangsa.

Selepas pihak bomba berjaya mengeluarkan kanak-kanak itu, mangsa terus dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.