Terus amal integriti, perlu ada jati diri elak ambil rasuah

Iklan
Individu yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas seharusnya terus mengamalkan integriti dan mempunyai jati diri. (Gambar kecil: Profesor Dr Hamdan Daniel)

SHAH ALAM - Individu yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas seharusnya terus mengamalkan integriti dan mempunyai jati diri.

Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, ini kerana tanpa jati diri seseorang boleh dipengaruhi atau tergugat dengan sebarang habuan yang menguntungkan walaupun mempunyai unsur rasuah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sikap sebegitu bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri malah kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

"Apatah lagi ia melibatkan kakitangan awam yang seharusnya melunaskan tanggungjawab diberikan.

Iklan

"Sangat sedia apabila ada dalam kalangan mereka gelap mata dan sanggup mangadaikan imej serta merosak reputasi tabir urus kerajaan.

"Tambahan pula melibatkan penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh negara untuk sekian lama mengancam kemakmuran ekonomi dan sosial rakyat Malaysia," ujarnya.

Iklan

Sebelum ini, dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Syahirah Abdul Salim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.

Tambah Hamdan Daniel, kes yang tiada kesudahan itu telah menjejaskan usaha kerajaan untuk mewujudkan negara tanpa rasuah.

"Di sini bukanlah isu jumlah wang yang diambil tetapi ini maruah. Ketika kerajaan sekarang begitu aktif untuk memerangi rasuah kita tidak henti-henti dengar kes rasuah melibatkan kakitangan kerajaan.

"Ini tentunya akan memberikan kesan negatif kepada usaha kerajaan. Oleh sebab itu, semua pihak perlu bersatu dalam usaha memerangi rasuah hingga ke akar umbi, semoga Malaysia bebas dari rasuah," ujarnya.