Wujud tangan ghaib dalam DBKL: Razlan
Iklan
Mohd Razlan Rafii - Foto Internet
SHAH ALAM - Aktivis masyarakat, Datuk Mohd Razlan Rafii mendakwa wujud tangan ghaib di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila ada pihak bertindak untuk membatalkan tender penyelenggaraan sungai yang dianugerahkan kepada beberapa kontraktor sebelum ini.
Beliau berkata, pada 19 Disember lalu, kontraktor-kontraktor terlibat telah menerima emel daripada DBKL berkenaan penganugerahan tender tersebut.
Iklan
Iklan
Namun begitu, keesokan harinya, Razlan berkata, DBKL enggan untuk mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada pihak terlibat tanpa memberi sebarang alasan yang kukuh.
"Ramai kontraktor terlibat terpaksa tunggu selama empat jam di kaunter Perolehan DBKL untuk mendapatkan surat SST ini namun mereka kecewa dan terpaksa balik dengan tangan kosong.
Iklan
"Tiada sebarang alasan kukuh diberikan oleh DBKL atas pembatalan tender ini secara tiba-tiba.
"Ini menunjukkan ada tangan-tangan ghaib di dalam DBKL walaupun keputusan pemberian tender telah di buat di dalam satu mesyuarat sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Razlan mempersoalkan pembatalan tender tersebut memandangkan keputusan pemberian berkenaan dibuat dalam satu mesyuarat yang turut disertai wakil Jabatan Intergriti dan beberapa agensi lain.
Di samping itu, Razlan turut menasihati Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad agar tidak campur tangan dalam sebarang keputusan pemberian tender seperti yang dilaungkan oleh kerajaan PH sebelum ini.
"DBKL perlu diberi kuasa mutlak untuk melaksanakan dasar kerajaan PH, tapi sekira ada campur tangan politik dalam pentadbiran ia hanya akan membantutkan perancangan Malaysia Baru seperti yang dilaungkan sebelum ini," katanya.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan bahawa kononnya kementeriannya mengikut telunjuk DAP, terutamanya dalam isu pemberian tender dan projek-projek di bawah DBKL.
Sebaliknya kata Khalid, bukan hanya DAP tidak menguasai mana-mana projek di bawah DBKL malah parti komponen PH juga tidak terlibat secara langsung dalam pemberian tender DBKL.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>