Ahmad Zahid antara penerima notifikasi amaran MySiren
Iklan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Sama’ Hadis Riyadus Solihin dan Ijtimak Pondok Nusantara di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.
KUALA NERUS- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara penerima notifikasi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pagi ini.
Ujian berkenaan diadakan bagi menguji keupayaan sistem itu menyalurkan notifikasi kecemasan secara pantas kepada telefon bimbit pengguna.
Iklan
Iklan
Ahmad Zahid yang berada di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, dilihat memeriksa telefon bimbitnya sejurus menerima notifikasi amaran berkenaan ketika menghadiri Majlis Perasmian Sama’ Hadis Riyadus Solihin bersama-sama Sheikh Dr Ali Muhyeldin Al Qaradaghi dan Ijtimak Pondok Nusantara, hari ini.
"MySiren ialah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi. Tepat 10.10 pagi tadi, siren itu telah dibunyikan di seluruh negara dan ini ujian pertama yang dilaksanakan.
Iklan
"Mungkin tidak semua orang dapat mendengar bunyi siren dengan jelas, perkara itu akan saya bincangkan dengan Menteri Komunikasi apabila bertemu dengannya, selewat-lewatnya pada Jumaat ini ketika mesyuarat Jemaah Menteri," katanya selepas majlis perasmian itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas maklum balas sebahagian orang ramai yang berada di dalam dewan itu, yang mendakwa tidak dapat mendengar bunyi siren ketika ujian pertama sistem berkenaan dilaksanakan.
Iklan
Orang ramai hari ini mula menerima notifikasi kecemasan menerusi ujian MySiren yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula jam 10.10 hingga 10.30 pagi ini.- Bernama 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>