Budak 10 tahun diserang kera ketika keluar mengaji

Iklan
Belakang badan mangsa cedera diserang kera liar

DUNGUN - Seorang kanak-kanak lelaki cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang seekor kera liar berhampiran kediamannya di Taman Madani, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini, pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku semasa Muhammad Ammar Hakim Sanusi, 10, baru sahaja keluar dari rumahnya untuk pergi mengaji.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, secara tiba-tiba seekor kera yang bersaiz agak besar menerkam mangsa dari arah belakang berhampiran kediamannya.

"Mangsa yang meronta-ronta dan menjerit kesakitan cuba melepaskan gigitan dan melarikan diri namun kera itu terus mengejar dan menyerang kanak-kanak terbabit.

Iklan

"ibu mangsa yang menyedari anaknya diserang kera kemudian berlari menyelamatka anaknya itu serta menghalau haiwan liar tersebut," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Akibat kejadian itu, Ghazali memaklumkan mangsa mengalami beberapa kecederaan di anggota badan termasuk lengan, punggung dan belakang badan digigit serta dicakar haiwan tersebut.

Iklan

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan AMBS dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Justeru, Ghazali menyatakan pihaknya telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengesan kera tersebut.