Pandu kereta secara melulu di Genting Highlands, polis buka kertas siasatan

Iklan
Video tular kereta dipandu lelaki secara melulu sebelum terbabas di Genting Highlands, di sini, pada Ahad.

BENTONG - Polis membuka kertas siasatan susulan video tular di media sosial berhubung kejadian sebuah kereta dipandu lelaki secara melulu sebelum terbabas di Kilometer 14.7 menghala Genting Highlands di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta berusia 27 tahun itu, sudah membuat laporan polis kira-kira jam 11.05 pagi di Balai Polis Goh Tong Jaya pada hari sama.

Iklan
Iklan

"Lelaki terbabit memaklumkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, video berdurasi 12 saat itu turut tular di TikTok menunjukkan kereta yang sama dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Iklan

Tegas Zaiham, tindakan pemandu terbabit adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

"Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," tambahnya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Jelasnya, pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas serta akan mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan lokasi serta laluan berkenaan tidak dijadikan litar perlumbaan oleh pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab.