Tuah lempar gelung, lelaki menang Maserati

Iklan
Lelaki bernama Wang berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta mewah Maserati bernilai lebih RM1 juta selepas bermain lontar gelung di sebuah pasar malam di China. Foto Agensi

SHANGQIU – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta mewah Maserati bernilai lebih RM1 juta selepas bermain lempar gelung selama tiga jam di sebuah pasar malam di sini, baru-baru ini.

Lelaki dikenali sebagai Wang dari Binzhou membelanjakan hampir RM1,300 untuk mencuba permainan tersebut dan berjaya memenangi hadiah utama selepas melakukan hampir 8,000 lontaran.

Iklan
Iklan

"Tangan saya masih terasa sakit dan kebas selepas membaling ribuan gelung. Pada awalnya, saya hanya sekadar mencuba nasib dan tidak menyangka mampu membawa pulang sebuah kereta.

Wang yang ketagih dengan permainan lontar gekung itu berkongsi bahawa dia pernah memenangi pelbagai hadiah menarik sebelum ini termasuk enam ekor angsa.

Iklan

Dalam pada itu, pemilik kedai tersebut turut menggalakkan orang ramai untuk mencuba nasib dengan mendakwa bahawa kereta mewah berkenaan sememangnya tidak mustahil untuk dimiliki.

"Orang ramai sila mengambil peluang ini. Tidak mustahil ada pemain yang benar-benar mahir di luar sana,” katanya.

Iklan

Laporan susulan bagaimanapun mendedahkan Wang tidak diberikan hak pemilikan penuh terhadap kereta Maserati itu, sebaliknya hanya hak penggunaan selama setahun.

Wang kini difahamkan sedang berunding dengan pemilik gerai pasar malam untuk menukar hak penggunaan kereta itu kepada wang tunai memandangkan mereka masih memerlukan kenderaan tersebut sebagai tarikan utama perniagaan.

Seorang lelaki berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta mewah Maserati. Foto Agensi

Selain kereta mewah, permainan di pasar malam itu turut menawarkan pelbagai hadiah lain termasuk lembu dan kambing yang menjadi tumpuan orang ramai.

Kisah kemenangan Wang tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menasihati beliau untuk menukar hadiah itu kepada wang tunai berbanding menanggung kos penyelenggaraan tinggi bagi kenderaan mewah berkenaan.

"Tidak berbaloi hanya dapat menggunakan kereta selama setahun. Kos pembaikan pula boleh mencecah ribuan yuan.

"Jika saya, sudah tentu akan memilih wang tunai," kata seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, seorang lagi netizen mencadangkan agar Wang memanfaatkan kenderaan tersebut untuk menjana pendapatan.

"Kalau nak buat duit, mungkin boleh menyewakan kenderaan tersebut sebagai kereta pengantin,” katanya. - Agensi