Mampu tingkatkan simpanan persaraan

Iklan
Keputusan pelaburan Kumpulan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli KWSP. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Pemberian dividen lebih tinggi mampu menambahkan simpanan lebih 15.8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali gus memberi manfaat apabila mereka bersara kelak.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ia memandangkan ramai pencarum berdepan simpanan yang tidak mencukupi untuk hari tua mereka.

Iklan
Iklan

"Selepas lebih 10 tahun, saya merasakan sudah sampai masanya KWSP mengumumkan pemberian dividen tidak kurang daripada tujuh peratus kepada semua pencarum sama ada mereka menyimpan dalam skim Simpanan Shariah mahu pun Simpanan Konvensional.

"Pemberian dividen melebihi tujuh peratus berkenaan selari dengan pengumuman kerajaan bahawa KWSP sudah membuat pelaburan menguntungkan dan mencatatkan prestasi lebih baik berbanding kebiasaannya dalam tempoh setahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang membayangkan KWSP bakal memberikan dividen lebih baik berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Mohd Razi Rahim berkata, pemberian dividen yang lebih tinggi akan meningkatkan keyakinan rakyat mengenai rancangan pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani ketika ini.

Iklan

Ujarnya, pengumuman berkenaan secara tidak langsung berupaya menambah simpanan hari tua golongan pekerja khususnya sebagai persediaan selepas bersara nanti.

"Jika kerajaan mengumumkan agihan dividen KWSP lebih tinggi memang bagus kepada rakyat, terutamanya pekerja yang menjadi penyumbang kepada pertubuhan ekonomi negara selama ini.

"Jadi golongan pekerja patut berasa beruntung kerana KWSP akan mengumumkan kadar dividen lebih tinggi pada tahun ini, sekali gus memperlihatkan kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat terutama pekerja bawahan,” katanya.