Lebuhraya KBKK siap sebelum Sukma 2028
Iklan
Nik Soh (empat dari kiri) bergambar bersama tetamu jemputan, kontraktor dan pembekal sempena KeCeX 2.0 pada Ahad.
BACHOK - Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) Pakej 2B akan dipastikan siap sepenuhnya sebelum Sukan Malaysia (Sukma) 2028.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub berkata, pembinaan lebuh raya dari Ketereh ke Kok Lanas itu tergendala dalam tempoh hampir tujuh bulan.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, kerja-kerja pembinaan semula sedang dilaksanakan selepas pemilikan tapak oleh kontraktor baharu awal bulan ini.
"Baki kos projek sebelum ini ialah sebanyak RM60 juta namun berlaku pertambahan kos sebanyak RM13 juta susulan projek tergendala dalam tempoh berkenaan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kelantan Electrical Convention And Exhibition 2.0 (KeCeX 2.0) di Universiti Malaysia Kelantan pada Ahad.
Progam dirasmikan Timbalan Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Kelantan, Saizol Ismail.
Iklan
Nik Soh memberitahu, jaringan lebuh raya berkenaan dijangka siap pada 1 Ogos 2028 diharap dapat digunakan sepenuhnya pada temasya Sukma tahun itu.
"Kita menyasarkan rangkaian KBKK sejauh 6.2 kilometer siap sepenuhnya pertengahan 2027 iaitu sebelum temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028," katanya.
Menurut maklumat sebelum ini Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai juga dikenali sebagai Lebuhraya Rakyat (LRR)
Lebuhraya dan dijangka dapat digunakan oleh orang ramai pada tahun 2027.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan Projek KBKK dijangka dapat digunakan pada tahun 2027.
Jajaran LRR yang bermula di Bukit Tiu, Machang ke Kampung Berangan Mek Nab merupakan salah satu daripada lapan sub-pakej KBKK.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.