Ahmad Zahid doakan Ismail Sabri segera sembuh

Iklan
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan doa agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera sembuh.

Menerusi kenyataan di X, Ahmad Zahid berharap agar urusan rawatan Ismail Sabri dipermudahkan dan beliau kembali sihat seperti sediakala.

Iklan
Iklan

"Syafakallah buat sahabat saya, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Saya mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

"Semoga ALLAH memberikan kesembuhan kepadamu. Tidak mengapa, insya-ALLAH sakitmu ini membersihkanmu," tulisnya.

Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi pada Sabtu selepas rebah di kediamannya.

Iklan

Difahamkan keadaan beliau kini dilaporkan stabil.

Iklan