12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa melalui siling dan keluar melalui pintu lif di aras dua. Foto JBPM

KULIM - Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, mangsa lain terdiri daripada dua lelaki dewasa dan enam wanita dewasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 malam dan bergegas ke lokasi kejadian sejurus kemudian.

"Mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan," katanya.

Mangsa-mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba. Foto JBPM

Iklan

Beliau berkata, operasi diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shuib Abu Bakar bersama lapan anggota dari BBP Kulim.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati 12 mangsa dipercayai terperangkap dalam lif di aras satu bangunan hotel berkenaan.

Iklan

"Tindakan operasi ialah mengeluarkan mangsa melalui siling dan keluar melalui pintu lif di aras dua.

"Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan tiada mangsa dilaporkan cedera," katanya operasi tamat sepenuhnya jam 11.27 malam.

Beliau berkata, operasi turut dibantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia.