Manusia mampu lakukan jenayah tanpa kira status

Iklan
Sinar Harian melaporkan seorang lelaki disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat di sebuah masjid di Batang Kali, pada Jumaat. Gambar kecil: Awang dan Hilwa

SHAH ALAM - Walaupun seseorang itu disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) namun individu terbabit masih mampu melakukan jenayah seksual.

Profesor Psikologi di Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Idris berkata, sekalipun seseorang individu itu berstatus OKU yang ada masalah mental, ia masih berkecenderungan melakukan jenayah atas pertimbangan waras.

Iklan
Iklan

"Untuk melakukan jenayah, manusia berkemampuan untuk melakukannya selagi mana ia ada keinginan dan niat tanpa mengira status OKU atau sebaliknya.

"Sama ada pelaku jenayah berstatus OKU berkenaan sengaja memanipulasi statusnya bagi tujuan jenayah, saya rasa tidak.

Iklan

"Namun, saya berpandangan golongan itu masih berkeupayaan untuk melakukan jenayah berat seperti pedofilia dengan pertimbangan waras, sekali pun status OKU melibatkan isu kekurangan berbeza-beza.

"Jadi pihak berkuasa perlu teliti status OKU pelaku jenayah berkenaan bagi mengelakkan cubaan manipulasi undang-undang di mahkamah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Tambah beliau, sekiranya benar pesalah terbabit memiliki kad OKU, polis perlu menyelidik sama ada status OKU dimiliki seseorang suspek jenayah adalah berkenaan mental atau fizikal.

Katanya, ini memandangkan pemberian status berkenaan adalah berasaskan pelbagai faktor kekurangan dialami individu terbabit.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Perunding Psikologi Klinikal, Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hilwa Abdullah @ Mohd Nor pula berkata, kejadian remaja mencabul kanak-kanak yang sedang mendirikan solat di masjid membuktikan mana-mana kawasan dianggap selamat dan suci, bukan jaminan tidak akan berlaku kejadian jenayah.

Beliau turut menegaskan pemilikan kad OKU oleh seseorang pelaku jenayah tidak sewajarnya menjadi pelindung mereka daripada berhadapan sebarang tindakan undang-undang terutama dalam konteks serangan seksual.

"Hakikatnya pelaku jenayah pedofilia sememangnya berdepan masalah kecelaruan seksual yang dipanggil parafilia, isu rangsangan seksual abnormal yang ditandai dengan fantasi seksual berterusan.

"Kelompok ini sebenarnya boleh dikategorikan di bawah gangguan mental,” kata beliau.