Tukang cuci warga Indonesia dicekup curi rantai tangan emas

Iklan
Tindakan licik seorang wanita warga Indonesia mencuri seutas rantai tangan ketika melakukan kerja pembersihan di sebuah kedai emas di Ampang Point terbongkar sebelum dia ditahan pada Khamis. Gambar hiasan

AMPANG - Tindakan licik seorang wanita warga Indonesia mencuri seutas rantai tangan ketika melakukan kerja pembersihan di sebuah kedai emas di Ampang Point terbongkar sebelum dia ditahan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan mendapati kejadian terbabit berlaku pada 31 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Perbuatan suspek sebelum itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mengambil rantai tangan emas berkenaan di bilik pameran ketika sedang bekerja.

"Kehilangan barang kemas itu disedari pada 19 Februari lalu sebelum seorang penyelia kedai emas membuat laporan polis selepas mendapati rantai tangan emas tersebut lesap," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, bertindak atas laporan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kemudian berjaya memberkas suspek 20 Februari lalu di lokasi berhampiran bersama barang rampasan.

"Saringan yang dijalankan terhadap suspek mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan direman selama empat hari bagi siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan