SHAH ALAM - Polis diminta menjalankan tindakan segera terhadap kes cubaan merogol kanak-kanak perempuan semasa solat Subuh di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali yang tular di media sosial pada Jumaat.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, pihaknya telah memanjangkan laporan itu kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan untuk membuat siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukti gambar yang dibekalkan.