Bedah siasat jenazah Mohamad Fahmi selesai

Iklan
Jenazah Mohamad Fahmi dibawa ke kampung neneknya di Permatang Binjai, Penaga untuk disemadikan.

GEORGE TOWN - Jenazah murid Tahun 4 yang meninggal dunia selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata telah dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) tepat pada jam 12.51 tengah hari Jumaat.

Jenazah Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, dibawa dengan van jenazah ke rumah neneknya di Jalan Pekan Darat, Permatang Binjai, Penaga untuk penghormatan terakhir ahli keluarganya.

Iklan
Iklan
Jenazah Mohamad Fahmi (gambar kecil) akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Binjai pada petang Jumaat.

Difahamkan, jenazah Mohamad Fahmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Binjai pada jam 2.30 petang Jumaat.

Jenazah diiringi bapanya, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri, ibunya, Nuraini Mohamad Isa, adiknya, Nufa Fakhira Mohammad Fakhruddin dan ibu saudara, Siti Farhani Mohamad Fikri.

Iklan

Turut kelihatan, ahli keluarga mangsa yang lain turut mengiringi van jenazah dengan menggunakan kenderaan lain.

Sebelum itu, jenazah Mohamad Fahmi selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan

Mohamad Fahmi yang dilaporkan kritikal selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa telah meninggal dunia pada malam Khamis.

Mohamad Fahmi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam Khamis.