Ganja RM1.69 juta 'dicampak' di pesisir pantai Kuala Perlis

Iklan
JKDM merampas bungkusan disyaki bersisi dadah jenis ganja bernilai RM1.69 juta di pesisir pantai Kuala Perlis, 5 Februari lalu.

SHAH ALAM - Taktik edar ganja bernilai RM1.69 juta dalam 25 guni beras dipercayai dari negara jiran yang dicampakkan di pesisir pantai di Kuala Perlis, Perlis, dibongkar, 5 Februari lalu.

Kejayaan itu dilakukan hasil operasi khas Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Narkotik dan Cawangan Risikan Ibu Pejabat JKDM serta Pasukan Medan Tempur Operasi Kastam (Cobra).

Iklan
Iklan

Penolong Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasan), Raizam Setapa @ Mustapha berkata, operasi kira-kira 2 pagi itu menemukan sebanyak 25 guni beras bertulisan negara jiran yang mengandungi 499 ketulan mampat bahan tumbuhan hijau disyaki ganja seberat 545.35 kilogram.

Raizam

Katanya, modus operandi sindiket ialah menggunakan laluan laut dari negara jiran dengan mencampakkan guni-guni berisi dadah di persisir pantai.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

"Kita juga meminta orang ramai untuk membantu JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tegasnya, orang ramai juga diingatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti tersebut.

Jelasnya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan

maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya.