Bangkai ubur-ubur api terdampar di pantai Terengganu

Iklan
Ubur-ubur jenis portuguese man o' war turut dikesan terdampar di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini. (Gambar kecil: Roswati)

KUALA TERENGGANU - Beberapa pantai di Terengganu merekodkan penemuan ubur-ubur api atau nama saintifiknya portuguese man o' war menjelang berakhirnya musim tengkujuh.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, antara pantai terlibat ialah Pantai Rhu 10 di Setiu, Pantai Pulau Kekabu (Marang) dan di Pantai Keluang (Besut).

Iklan
Iklan

Menurutnya, hidupan itu dikesan terdampar di kawasan berkenaan antara 13 hingga 29 Januari lalu.

"Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi (BPBO) merekodkan penemuan ubur-ubur jenis portuguese man o' war itu di pesisiran pantai pada 13 Januari, 16 Januari dan 29 Januari lalu.

Iklan

Ubur-ubur jenis portuguese man o' war turut dikesan terdampar di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini.

"Hidupan itu dikesan di sekitar pantai Terengganu selepas berlakunya ombak besar, namun ia sekadar bangkai yang terdampar di pesisir pantai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Khamis.

Iklan

Jelas Mohd Zul Khairi, setakat ini belum ada kes melibatkan sengatan haiwan laut itu dilaporkan oleh petugas penyelamat pantai APM.

Ubur-ubur api yang masih hidup berisiko mengancam dan mengundang kesakitan melampau jika terkena sengatan.

Mana-mana individu terserempak dengan haiwan marin meragukan atau berbahaya diminta menghubungi pihak berkaitan antaranya APM, Jabatan Perikanan daerah atau negeri dan pasukan penyelamat.

Ubur-ubur jenis portuguese man o' war turut dikesan terdampar di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Roswati Md Amin mentakan spesies ubur-ubur tersebut akan berlaku antara November hingga Mac disebabkan arus dan tiupan angin sepanjang monsun.

"Saya pernah membuat kajian terhadap ubur-ubur ini yang telah mati dan ia masih mempunyai sengatan berbisa.

"Sekiranya terkena kepada manusia, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.

"Namun ia bergantung kepada tindak balas individu seperti kemerahan, gatal, kebas di bahagian sengatan selain ada yang mengalami masalah pernafasan, pening kepala dan kekejangan bergantung kepada jumlah sengatan," jelas beliau.