Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas

Iklan
Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian pada Rabu. Foto: IPD Pontian

PONTIAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian pada kira-kira jam 7.20 petang itu berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja turun dari sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan sebelum cuba melintas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian pada Rabu. Foto: IPD Pontian

Bagaimanapun, sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, mangsa, Nur Myesha Aleena Abdullah, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Nur Myesha merupakan pelajar baharu tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik IPD Pontian atau pegawai penyiasat, Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.