Selisih faham, tekanan selepas bercerai dipercayai punca ibu maut ditikam

Iklan
Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian ibunya yang ditemukan mengalami kecederaan di sebuah rumah sewa. Foto hiasan

KENINGAU - Perselisihan faham antara dua beranak serta tekanan selepas bercerai dipercayai menjadi punca seorang wanita ditikam di bahagian perut sebelum dilaporkan maut dalam kejadian di Kampung Katagayan, Tambunan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 31 tahun dipercayai berdepan tekanan selepas baru bercerai.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dan suspek menghadapi tekanan disebabkan baru bercerai.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai punca kejadian dan senjata yang digunakan sehingga mencederakan mangsa berusia 56 tahun yang juga ibu kandung suspek.

Iklan

Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian ibunya yang ditemukan mengalami kecederaan di sebuah rumah sewa.

Polis menerima laporan berhubung kematian wanita itu kira-kira jam 2 petang.

Iklan

Suspek kemudiannya berjaya ditahan oleh penduduk kampung di sebuah sulap di Kampung Sukung, Tambunan, sebelum dibawa ke Balai Polis Tambunan.

Beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian turut dirampas, manakala mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.