Keputusan DNA mangsa nahas helikopter diperoleh, penyerahan jasad hari ini - Polis

Iklan
Keputusan DNA lima mangsa nahas helikopter FDS di Long Lellang telah diperoleh dan proses penyerahan jasad akan dilakukan hari ini

Miri - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang telah diperoleh dan proses penyerahan jasad akan dilakukan hari ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau berkata, penyerahan jasad mangsa kepada waris akan dilakukan selepas semua proses dokumentasi berkaitan diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Hari ini kita akan serahkan jasad mangsa. Setelah selesai dokumentasi, jasad akan diserahkan kepada keluarga,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Sabtu.

Sementara itu, persiapan bagi persemadian tiga daripada lima mangsa sedang dilakukan oleh keluarga masing-masing.

Iklan

Jasad pembantu pegawai perubatan, Alexson Adit Henry akan disemadikan di Tanah Perkuburan Anglican di Lambir selepas upacara keagamaan yang akan diadakan di Gereja Good Shepherd di Lutong pada jam 9 pagi, Selasa ini.

Adik mendiang, Annastasia Luyah dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada Isnin ini di kediaman keluarga mereka di Taman Desa Senadin di sini.

Iklan

Upacara penghormatan terakhir buat mendiang kedua-dua jururawat iaitu Jessie Paya Jok akan diadakan di Taman Wang Lusut, di sini manakala Debra Moset di Kampung Semadang di Padawan, Kuching, namun tarikh persemadian belum dimaklumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa

'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Nahas pada Selasa lepas itu meragut nyawa kesemua lima individu yang menaiki helikopter BO-105 dikendalikan Layang-Layang Aerospace selepas helikopter itu terhempas berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang kira-kira jam 3.40 petang.

Selain Alexson, Jessie dan Debra, mangsa lain yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, dan pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33.

Jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di Kelantan manakala Zainol Afiq di Negeri Sembilan.

Semalam, Mohamad Zainal memaklumkan proses bedah siasat kesemua mangsa telah selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri pada jam 7.30 malam Khamis manakala analisis DNA dijangka siap hari ini. - Bernama