Harimau Malaya kembali ke SSI

Iklan
SSI bakal menjadi gelanggang keramat buat Harimau Malaya.

MALAYSIA akan memulakan saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada 25 Mac.

Perkembangan tersebut berdasarkan kemas kini di laman rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis.

Iklan
Iklan

Badan induk berkenaan memaklumkan bahawa perlawanan pembukaan Kumpulan F melibatkan skuad Harimau Malaya akan berlangsung di gelanggang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jadual aksi Malaysia menentang Nepal di SSI bulan depan.

Keputusan tersebut sebagai simbolik kepulangan pasukan kebangsaan ke SSI selepas hampir dua tahun.

Iklan

Kali terakhir skuad negara beraksi di stadium berprestij itu dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 28 Mac 2023.

Ketika itu Malaysia dibimbing jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Iklan

Harimau Malaya kini dilatih jurulatih baharu dari Australia, Peter Cklamovski.