MAKASSAR - Seorang isteri menarik semula laporan tentang dipukul suaminya selepas lelaki itu mengalami 'kerasukan buaya' ketika polis mahu menahannya.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Daerah Manggala, Aipda Rijal, semasa mereka tiba di rumah lelaki itu di Kelurahan Manggala pada Ahad lalu, mangsa menunjukkan tingkah laku seperti dirasuk.