Malaysia dalam usaha adakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
Iklan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sesi penggulungan titah Diraja ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Rabu. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Malaysia sedang berusaha untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) sama ada di Malaysia atau AS, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara.
Iklan
Iklan
"Kita cuba mengimbangkan supaya tak condong kepada mana-mana kerana kita sudah ada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China... jadi, ASEAN akan terus memacu hala tuju sebagai ASEAN yang bersepadu dan terus berkecuali serta tidak memihak mana-mana.
"Pada (sidang kemuncak khas) itu nanti kita nyatakan wish list kita dan kita dengar wish list mereka (AS) kerana berurusan dengan orang seperti ini (Presiden AS Donald Trump), beliau nak dengar apa kita ada,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Iklan
Mohamad berkata, Malaysia bukan sahaja harus berhati-hati mengurus dasar luar dan hubungan dua hala, tetapi juga perlu berwaspada dalam menguruskan hubungan perdagangan agar ekonomi negara tidak terjejas.
Justeru, beliau berkata, Malaysia tidak boleh menidakkan hubungan baik dengan AS selama ini yang merupakan pelabur terbesar di negara ini secara kumulatif.
"Perkara ini sedang dilakukan Kementerian Luar untuk uruskan secara teratur kerana jumlah dagangan Malaysia-AS adalah sebanyak RM324 bilion untuk 2024 dan ia merupakan jumlah dagangan amat besar.
Iklan
"Dari segi siapa dapat keuntungan daripada RM324 bilion itu, Malaysia eksport RM198 bilion kepada AS dan kita import RM126 bilion, jadi lebihan dagangan RM70 bilion berpihak kepada kita,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamad berkata, teras dasar luar negara ialah berprinsip dengan Malaysia tidak akan menyokong, sebaliknya mengutuk negara yang mengamalkan dasar aparteid, dasar yang melakukan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>